ETIKA KETIKA KURSUS
- Peserta perlu mengisi Borang Pendaftaran & membawa satu salinan kad pengenalan sewaktu mendaftar.
- Peserta dikehendaki mendatangani Borang kehadiran bagi setiap sesi.
- Peserta dikehendaki menyerahkan kupon mengikut sesi semasa melaporkan diri.
- Peserta WAJIB menghadiri semua sesi kursus SELAMA 2 HARI dan mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan
- Peserta yang terlewat lebih 15 minit hendaklah mengulangi tajuk berkenaan pada minggu lain. Sekiranya gagal hadir. sijil tidak akan dikeluarkan bagi peserta tersebut.
- Semua Peserta hendaklah berpakaian formal iaitu berbaju kemeja dan berseluar slack bagi lelaki dan berbaju kurung serta bertudung bagi peserta wanita sepanjang kursus berlangsung
- Peserta lelaki yang berambut panjang dilarang menghadiri kursus kecuali diikat dengan kemas
- Peserta dilarang merokok semasa kursus dijalankan.
- Peserta tidak dibenarkan keluar sewaktu kursus sedang berlangsung dan hendaklah mengikuti semua sesi kuliah
- Peserta dilarang melakukan PERKARA SUMBANG seperti berpasang-pasangan sepanjang kursus dan persekitaran tempat kursus.
- Peserta dilarang membawa makanan dan membuang sampah di dalam dewan atau di sekitar kawasan tempat kursus
- Jika peserta menghadapi sebarang masalah sewaktu kursus berlangsung, sila beritahu segera kepada urusetia.
No comments:
Post a Comment