Sijil Kursus Pra Perkahwinan (MBKPPI)


SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN

1. Apakah prosedur untuk penggantian sijil kursus MBKPI yang silap?
Prosedur untuk penggantian sijil kursus MBKPI yang silap adalah seperti berikut :

Peserta boleh membawa sijil tersebut ke Unit NCR, JHEAIK untuk digantikan dengan sijil yang baru atau;
Pihak syarikat membawa sijil dan salinan senarai nama peserta tersebut untuk digantikan dengan sijil yang baru
Bayaran akan dikenakan jika kesilapan tersebut adalah daripada peserta kursus.


2. Adakah bakal pengantin perlu mengikuti kursus MBKPI (Kursus Praperkahwinan Islam) bagi perkahwinan kali kedua?

Bagi mendirikan rumahtangga untuk kali kedua, bakal pengantin tidak diwajibkan untuk mengikuti kursus MBKPI (Kursus Praperkahwinan Islam).

3. Adakah sijil kursus perkahwinan yang rosak akibat dimakan anai-anai @ hilang boleh diganti semula?

Ya, sijil kursus perkahwinan yang rosak atau hilang boleh diganti semula mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

4. Bagaimanakah proses penggantian sijil MBKPPI yang rosak / hilang?

Bagi tujuan penggantian sijil MBKPPI yang rosak / hilang, pemilik sijil perlu hadir ke JHEAIK bagi tujuan penggantian sijil tersebut dengan membawa sijil yang rosak / surat pengesahan menghadiri kursus dari syarikat / penganjur kursus berserta dengan salinan kad pengenalan. Bayaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan untuk pembaharuan sijil rosak / hilang.

Sumber http://www.maik.gov.my/

No comments:

Post a Comment